• Main
  • News

Hari Pertama Di Ppki.

Hari Pertama Di Ppki.

HARI PERTAMA DI PPKI.

20 Mac- Senyum dan ketawa bila mana ada sesuatu yang melucukan. Merajuk dan pujuk memujuk bila mana ada murid baharu cuba dapatkan perhatian daripada guru-guru dan PPM. Lalu murid lama ada yang sedikit merajuk. Terus ada guru yang usik mengusik anak-anak ini. Sekejap merajuk, sekejap ketawa kembali dek pujukan.

Ada pula murid yang teruja bila mana ke kantin masa rehat. Dapat duduk berbual dengan rakan-rakan lain sambil mengisi ruang yang kosong di perut dek lapar...

Ada pula yang langsung tak nak makan... Lalu PPM meneman anak ini dan pujuk memujuk. Inilah ragam dan sketsa anak-anak istimewa kami pada hari pertama persekolahan.

Hari ini, kami mulakan aktiviti dengan:

Sebelum rehat:

1) Sesi suai kenal perkenalan bersama guru.
2) Peraturan dan disiplin di sekolah oleh GPK Pendidikan Khas.
3) Aktiviti nyanyian & hafalan lagu sekolah secara individu dan berkumpulan.

Selepas rehat:

4) Sesi suai kenal dan ucapan dari Bonda Khadijah Ahmad merangkap Puan Pengetua.
5) Aktiviti Sukaneka:
* Isi air dalam botol guna span.
* Keretapi laju.

Alhamdulillah semua murid sangat gembira. Siap kata tak sabar nak datang lagi esok sekolah.

Objektif aktiviti menarik minat murid ke sekolah berjaya...

Tahniah kepada semua guru dan PPM SMK Seri Mahkota.

Kredit to: Ustaz Hamzah


About Us

  • SMK Seri Mahkota

    Official Page For SMK Seri Mahkota, Umbai Melaka MEA 1072 Tel : 06-2619262 Fax : 06-2617592