• Main
  • News

???? TAHNIAH SMK SERI MAHKOTA! ????
JUARA NEGERI MELAKA – MELAKA DRONE CHALLENGE 2026 ????????

10 OGOS - Alhamdulillah, satu lagi pencapaian membanggakan berjaya dilakar oleh warga SMK Seri Mahkota apabila sekolah telah dinobatkan sebagai JOHAN NEGERI MELAKA dalam Melaka Drone Challenge, sebuah program hasil kerjasama Unit Pembangunan Murid dan Kelab Rakan Udara Malaysia.

Seramai 40 orang murid telah menyertai pertandingan ini, sebelum 10 orang finalis terbaik dipilih untuk mengharungi cabaran di peringkat akhir. Para finalis telah diberikan tugasan untuk menghasilkan satu idea inovasi berasaskan drone, membuat pembentangan idea inovasi, serta menghasilkan video korporat SMK Seri Mahkota.

Hasil usaha, kreativiti, komitmen dan kerjasama yang ditunjukkan, SMK Seri Mahkota berjaya menewaskan persaingan daripada 70 buah sekolah di seluruh Negeri Melaka dan seterusnya dinobatkan sebagai JUARA NEGERI MELAKA! ????????

Setinggi-tinggi tahniah dan syabas diucapkan kepada semua murid yang terlibat, para guru pembimbing serta semua pihak yang telah memberikan sokongan dan komitmen sepanjang pertandingan ini berlangsung.

Kejayaan ini membuktikan bahawa murid SMK Seri Mahkota bukan sahaja mampu mencipta idea, malah berani meneroka teknologi, berinovasi dan bersaing di peringkat yang lebih tinggi.

Hasil kerja video korporat anak mahota:

https://drive.google.com/file/d/19E08yrhPI9B2eB0uyRFT4ams9JCpJQB4/view?usp=drivesdk

✨ SMK SERI MAHKOTA — MAJU JAYA! ✨
Bersama melakar kejayaan, meneroka teknologi dan mencipta masa depan! ????

#SMKSeriMahkota
#smkserimahkotamajujaya
#1suara1matlamat


About Us

  • SMK Seri Mahkota

    Official Page For SMK Seri Mahkota, Umbai Melaka MEA 1072 Tel : 06-2619262 Fax : 06-2617592