• Main
  • News

???? TAHNIAH WIRA BOLA TAMPAR SEKOLAH!

Alhamdulillah dan syabas diucapkan kepada Pasukan Bola Tampar Sekolah atas kejayaan membanggakan apabila berjaya meraih Tempat Ketiga dalam Liga Sukan Komuniti Peringkat Negeri Melaka 2026.

???? Tarikh: 28 Jun 2026 (Ahad)
???? Tempat: Kompleks Belia dan Sukan Negeri Melaka
???? Anjuran: Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka (KBS).
Pencapaian : Tempat ketiga
Hadiah : sijil, medal & wang bernilai RM 700

Penerima :
Murid kami yang terlibat :
1) MUHAMMAD ADAM HAKIMI BIN ABDULLAH – 4 UUM.
2) MUHAMMAD AFIQ IQBAL BIN ABDULLAH – 4 UM.
3) AHMAD FURQAN BIN RASHID AHMAD – 1 MUTIARA.
4) AFIQ GHAZI BIN KHAIRULANUAR – 3 BERLIAN.

Kejayaan ini merupakan satu pencapaian yang amat membanggakan kerana pasukan telah berjaya bersaing dengan pasukan-pasukan terbaik dari seluruh Negeri Melaka.

Semangat juang yang tinggi, kerjasama berpasukan, disiplin serta kesungguhan yang dipamerkan sepanjang kejohanan menjadi kunci kepada kejayaan yang diraih.

Penyertaan dalam pertandingan ini bukan sahaja membuka ruang kepada murid untuk mengasah bakat dan meningkatkan kemahiran, malah membentuk jati diri, kepimpinan serta semangat kesukanan yang tinggi.

Kejayaan ini membuktikan bahawa usaha yang berterusan dan latihan yang konsisten mampu menghasilkan kecemerlangan.

Sekalung penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada Jurulatih & guru-guru penasihat atas bimbingan, komitmen dan dedikasi yang diberikan sepanjang persediaan dan kejohanan.

Jurulatih:
???? En. Ishah Effendi – Serkam Volleyball Club
???? En. Sharul Amirul – Serkam Volleyball Club

Barisan guru-guru penasihat Program Pembangunan Bola Tampar SMK Seri Mahkota:
1-Cikgu Lydia Chai
2-Cikgu Haireen
3-Cikgu Noorhana
4-Cikfu Noor Fazliyah
5-Cikgu Aina.

Penghargaan turut ditujukan kepada semua guru, ibu bapa serta penyokong yang sentiasa memberikan sokongan padu kepada pasukan.

Semoga kejayaan ini menjadi pembakar semangat kepada semua murid untuk terus berusaha, berani mencabar diri dan mengharumkan nama sekolah pada peringkat yang lebih tinggi.

Tahniah dan syabas kepada seluruh pasukan! Teruskan melakar kejayaan demi kecemerlangan sekolah. ????????????

#LigaSukanKomuniti2026 #PeringkatNegeriMelaka
#BolaTampar
#TempatKetiga
#KokurikulumCemerlang #SekolahCemerlang
#SemangatKesukanan
#BanggaSekolah
#SMKSERIMAHKOTAMAJUJAYA
#1SUARA1MATLAMAT


About Us

  • SMK Seri Mahkota

    Official Page For SMK Seri Mahkota, Umbai Melaka MEA 1072 Tel : 06-2619262 Fax : 06-2617592