• Main
  • News

???? **BACAAN YASIN, HADIS 40 & HALAQAH 3.0** ????

????✨ *Ilmu Cahaya, Doa Penyuluh Hati, Solat Penyejuk Jiwa* ✨????

Alhamdulillah, pada **19 Jun 2026 (Jumaat)** telah berlangsungnya program **Bacaan Yasin, Hadis 40 & Halaqah 3.0** yang melibatkan seluruh warga murid SMK Seri Mahkota.

Program yang dijalankan pada **7.30 pagi hingga 8.20 pagi** ini bertujuan menyemai nilai-nilai murni, memperkukuhkan amalan kerohanian serta membentuk sahsiah pelajar yang cemerlang. ????????

HALAQAH 3.0:

???? **Tingkatan 1 hingga 3** telah menghafaz dan menghayati secara dalam kumpulan **bacaan doa untuk ibu bapa serta kesejahteraan umat Islam**, sebagai tanda kasih sayang dan penghargaan kepada insan yang banyak berkorban dalam kehidupan mereka. ❤️????‍????‍????‍????

???? **Tingkatan 4 dan 5** pula telah mengadakan **Bacaan Yasin dan Solat Hajat**, memohon keberkatan, ketenangan hati serta kejayaan dalam pelajaran dan kehidupan. ????????✨

Program ini bukan sahaja menjadi wadah menimba ilmu agama, malah berjaya mewujudkan suasana harmoni, tenang dan penuh keberkatan dalam kalangan warga sekolah.

Semoga amalan yang dilaksanakan ini menjadi asbab kepada peningkatan iman, akhlak yang terpuji dan kecemerlangan dunia serta akhirat. ????????

???? **Terima kasih kepada semua guru dan murid yang terlibat dalam menjayakan program ini. Semoga usaha yang kecil ini mendapat ganjaran besar di sisi Allah SWT.** ????❤️

#SMKSeriMahkota
#BacaanYasinHadis40
#IlmuCahayaDoaPenyuluhHati
#SahsiahUnggul
#PendidikanBerteraskanNilai
#MalaysiaMADANI
#AnakYangBaikLagiCerdik ????????????
#smk
#1suara1matlamat


About Us

  • SMK Seri Mahkota

    Official Page For SMK Seri Mahkota, Umbai Melaka MEA 1072 Tel : 06-2619262 Fax : 06-2617592

Read More