• Main
  • News

???????? **TAHNIAH PASUKAN BOLA TAMPAR SMK SERI MAHKOTA!** ????????

Syabas dan setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada pasukan Bola Tampar Lelaki Bawah 18 Tahun SMK Seri Mahkota atas kejayaan meraih

**Naib Johan** dalam Pertandingan

**Mini Clermaxx Volleydevelopment Negeri Melaka Lelaki 18** yang telah berlangsung pada

**26 April 2026 (Sabtu)** di

**Taman Samarinda, Alor Gajah, Melaka**. ????????

Pertandingan ini dianjurkan oleh **Persatuan Bola Tampar Amatur Melaka** ????✨ dan telah disertai oleh **16 pasukan dari seluruh negeri Melaka** yang beraksi penuh semangat, disiplin dan harmoni. Semua sekolah yang bertanding sememangnya hebat-hebat belaka! ????????

Kejayaan ini membuktikan bahawa murid SMK Seri Mahkota bukan sahaja cemerlang dalam akademik, malah mampu menyerlah dalam bidang sukan dan kokurikulum. ????????????

???? **Objektif pertandingan ini adalah untuk:**
✅ Menggalakkan penglibatan aktif pelajar lelaki bawah 18 tahun dalam sukan bola tampar
✅ Menjadi platform mencungkil bakat pemain muda peringkat negeri
✅ Memberi pendedahan awal sebelum MSSN Bola Tampar

???? Sekalung penghargaan dan terima kasih kepada para jurulatih yang telah banyak membimbing dan memberi tunjuk ajar kepada para pemain:

???? **En. Sharul Amirul** – Serkam Volleyball Club
???? **En. Abdullah** – Kelab Bola Tampar Sg. Rambai
???? **En. Ishah Effendi** – Serkam Volleyball Club

Terima kasih juga kepada guru-guru penasihat kelab bola tampar:

1-Cikgu Lydia Chai,
2-Cikgu Haireen
3-Cikgu Noorhana
yang sentiasa melatih pasukan Seri Mahkota dan terlibat dalam latihan pembangunan bola tampar.

Turut menghargai ibu bapa dan semua pihak yang sentiasa memberi sokongan padu kepada pasukan sekolah. ❤️

Tidak lupa juga setinggi-tinggi terima kasih kepada Puan Pengetua yang sentiasa menyokong dan membangkitkan semangat juang anak-anak Mahkota agar senantiasa bangkit menggapai seribu kejayaan terutamanya pasukan bola tampar Seri Mahkota.

???? **Murid yang terlibat:**
1️⃣ MUHAMMAD ADAM HAKIMI BIN ABDULLAH – 4 UUM
2️⃣ MUHAMMAD AFIQ IQBAL BIN ABDULLAH – 4 USIM
3️⃣ HAZIQ BIN ROSLAN – 4 UTM
4️⃣ MUHAMMAD ALI ZAINAL ABIDIN BIN ABDULLAH – 4 UTeM
5️⃣ MUHAMMAD DAFFI BIN SAIFUL BAHARIN – 3 INTAN
6️⃣ AFIQ GHAZI BIN KHAIRULANUAR – 3 BERLIAN
7️⃣ AHMAD FURQAN BIN RASHID AHMAD – 1 MUTIARA
8- MUHAMMAD AQIL RAKIF BIN IBRAHIM

???? Semoga kejayaan ini menjadi pembakar semangat untuk terus melakar lebih banyak pencapaian gemilang pada masa hadapan.

???? **SMK SERI MAHKOTA TERUS UNGGUL!** ????????
#SMKSeriMahkota
#VolleyDevelopment2026
#BolaTampar
#NaibJohan
#KokurikulumCemerlang
#SeriMahkotaBoleh ????
#GuruBitaraNadiNegara
#smkserimahkotamajujaya
#1suara1matlamat


About Us

  • SMK Seri Mahkota

    Official Page For SMK Seri Mahkota, Umbai Melaka MEA 1072 Tel : 06-2619262 Fax : 06-2617592