????♂️???? **KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG (SUKAN TAHUNAN) KALI KE-52 SMK SERI MAHKOTA 2026** ????????♀️
???? 9 Mei 2026 | Sabtu
???? 8.00 pagi – 12.00 tengah hari
???? Padang SMK Seri Mahkota
Tahniah dan syabas diucapkan kepada seluruh warga SMK Seri Mahkota atas kejayaan penganjuran Kejohanan Balapan dan Padang Kali Ke-52 yang berlangsung dengan penuh meriah, semangat kesukanan dan perpaduan ????????
Majlis ini telah disempurnakan oleh:
✨ *Tuan Haji Zainal bin Mahadi*
Pengerusi Alumni SMK Seri Mahkota.
Pihak sekolah turut menzahirkan rasa terima kasih atas sumbangan beliau sebanyak
RM 3000.00 (Tiga Ribu Ringgit) untuk pembinaan mini astaka di padang sekolah. Pada hari itu juga merasmikan mini astaka tersebut.
Pihak sekolah juga mengucapkan terima kasih kepada beliau atas sumbangan
RM 500.00 (Lima Ratus Ringgit) kepada Persatuan Seni Silat di sekolah kami.
Pada hari itu, pelbagai acara sukan telah dipertandingkan dengan semangat juang yang tinggi daripada semua rumah sukan ????????????♀️????♂️. Sorakan gemuruh para guru, ibu bapa dan murid turut memeriahkan suasana sepanjang kejohanan berlangsung ????????
???? **Keputusan Keseluruhan Kejohanan:**
???? Johan : Bendahara (Kuning)
???? Naib Johan : Temenggong (Hijau)
???? Ketiga : Syahbandar (Biru)
???? Keempat : Laksamana (Merah)
Kenangan paling manis ialah tahun ini ialah tahun paling manis buat rumah sukan Bendahara(Kuning) kerana kali pertama dalam sejarah, kami memenangi Johan bagi keseluruhan Sukan sekolah pada tahun ini.
Kejohanan ini juga bukan sahaja mencungkil bakat dan potensi murid dalam bidang sukan ⚽????????♂️, malah berjaya memupuk nilai disiplin, kerjasama, daya saing sihat dan semangat kesukanan dalam kalangan murid ❤️????????????
Terima kasih diucapkan kepada semua guru, ibu bapa, alumni, jawatankuasa pelaksana dan warga sekolah yang telah bertungkus-lumus menjayakan program ini. ????
Semoga SMK Seri Mahkota terus melahirkan murid yang aktif, cemerlang dan berdaya saing dalam bidang akademik serta kokurikulum ????????
*Keputusan keseluruhan Sukan Balapan dan Padang SMK Seri Mahkota boleh dilihat di ruangan komen. *
#1Suara1Matlamat
#SMKSeriMahkotaMajuJaya
#KejohananOlahragaSMKSM
#SukanTahunan2026
#SemangatKesukanan
#SMKSeriMahkota