INFAQ RAMADAN 2026.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Sempena keberkatan bulan suci Ramadan 2026, pihak sekolah dengan penuh rendah hati mengajak semua ibu bapa dan para waris yang berhajat untuk bersama-sama menyemai amal kebajikan.
Untuk makluman, sumbangan ini adalah tidak wajib, namun ia merupakan satu ruang dan peluang untuk kita bersama-sama merebut ganjaran pahala serta menyuburkan nilai keprihatinan dalam bulan yang penuh rahmat dan keampunan ini.
Sesungguhnya, Ramadan adalah medan amal, ladang pahala dan ruang untuk kita berkongsi rezeki yang Allah SWT kurniakan.
Justeru, semua ibu bapa dan para waris boleh menyalurkan infaq melalui pautan di bawah:
https://app.herepay.org/pibgsmkserimahkota/IR2026
Pihak sekolah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas setiap sumbangan, doa dan sokongan yang diberikan.
Semoga segala kebaikan ini menjadi saham akhirat dan diberkati Allah SWT.
Terima kasih...
#pibgsmkserimahkota
#smkserimahkotamajujaya
#1suara1matlamat
#Ramadan