KARNIVAL BAHASA & PROGRAM NILAM 2026.
???? 23 Februari 2026 (Isnin)
???? Dataran Perhimpunan SMK Seri Mahkota
???? 7.40 pagi
Alhamdulillah, Majlis Peluncuran Karnival Bahasa & Program NILAM SMK Seri Mahkota Tahun 2026 telah berlangsung dengan penuh gilang-gemilang dan meriah.
Majlis telah disempurnakan oleh Pengetua SMK Seri Mahkota, Puan Hajah Norhayati binti Abdul Samad, dengan simbolik pelancaran yang penuh bermakna serta disaksikan oleh barisan pentadbir, guru-guru dan murid-murid.
Karnival anjuran bersama Panitia Bahasa Melayu, Panitia Bahasa Inggeris dan Pusat Sumber Al-Hikmah ini menjadi platform penting dalam memperkasa budaya bahasa dan amalan membaca dalam kalangan warga sekolah.
✨ Antara pengisian utama sepanjang tahun 2026:
???? Aktiviti Bahasa Melayu:
Forum Bahasa Melayu.
Pertandingan Pantun.
Video Bicara Buku.
Bina Peribahasa.
Pertandingan Menulis Esei
???? Aktiviti Bahasa Inggeris:
Public Speaking.
Poem Recitation.
Find Hidden Pictures.
Essay Writing.
Ramadhan Reminder.
???? Program NILAM 2026:
AINS @Mahkota & Ikon AINS.
Anugerah Pencinta Buku & Peminjam BERTUAH.
Satu Guru Satu Buku.
Jejak Maklumat.
Jom Baca 10 MINIT.
Lawatan Sambil Belajar ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur.
Kotak Bacaan Sudut MADANI.
Majalah Dalam Kelas & Surat Khabar ke kelas secara giliran.
???? Impak Program:
Program ini bertujuan mengasah kemahiran berbahasa Melayu dan Inggeris, membudayakan amalan membaca sebagai rutin harian, memperkaya perbendaharaan kata dan meningkatkan pencapaian akademik murid secara menyeluruh.
Semoga usaha berterusan ini dapat melahirkan murid yang petah berbicara, kritis berfikir dan cinta akan ilmu.
???? #SMKSeriMahkotaMajuJaya
???? #1Suara1Matlamat
???? #KarnivalBahasa2026
???? #ProgramNILAM