• Main
  • News

Kursus Pemimpin Unggul Mahkota 2026

Kursus Pemimpin Unggul Mahkota 2026

KURSUS PEMIMPIN UNGGUL MAHKOTA 2026

MERLIMAU, 13 Februari 2026 – Seramai 83 orang barisan Ahli Jawatankuasa Tertinggi Pemimpin Murid SMK Seri Mahkota telah menyertai Kursus Pemimpin Unggul Mahkota yang berlangsung dengan jayanya di Seri Chendana Resort, Melaka.

Program ini merupakan inisiatif pembangunan sahsiah yang dirangka khusus bagi memperkukuh jati diri, keyakinan serta keterampilan dalam kalangan pemimpin murid sekolah.

Kursus ini lebih menarik dengan kehadiran En. Khairul Irwan bin Rustam Efendi yang merupakan tenaga pengajar berpengalaman daripada Jabatan Pendidikan Melaka yang menekankan aspek penampilan diri, etika, bahasa tubuh serta kemahiran komunikasi berkesan.

Pengisian program yang tersusun bermula seawal pagi dengan slot pengurusan dan ice breaking, diikuti ceramah kepimpinan, latihan dalam kumpulan serta pembentangan, telah memberikan pendedahan menyeluruh kepada para peserta tentang peranan dan tanggungjawab seorang pemimpin.

Pemimpin murid bukan sekadar memegang jawatan, tetapi menjadi ikon dan contoh teladan kepada rakan sebaya.

Justeru, kursus ini memberi penekanan kepada pembentukan personaliti unggul, keberanian bersuara, kemahiran berucap serta kecekapan mengendalikan tugasan organisasi.

Melalui aktiviti interaktif dan pembentangan berkumpulan, para peserta dilatih untuk berfikir secara kritis, membuat keputusan secara matang dan menyelesaikan masalah secara profesional.

Sepanjang program berlangsung, peserta menunjukkan komitmen yang tinggi dan semangat kerjasama yang luar biasa.

Sesi refleksi dan rumusan di akhir program turut membuka ruang kepada peserta untuk menilai kekuatan diri serta merancang penambahbaikan sebagai pemimpin sekolah.

Antara impak utama program ini ialah peningkatan kemahiran komunikasi dan interpersonal dalam kalangan pemimpin murid.

Mereka kini lebih yakin dalam berucap, memberi arahan dan menerima maklum balas dengan lebih terbuka dan matang.

Selain itu, keyakinan diri dalam mengambil inisiatif serta keupayaan membuat keputusan secara berhemah turut dapat diperkasakan.

Kursus ini juga berjaya melahirkan pemimpin pelajar yang lebih berdisiplin, berintegriti dan bersedia menjadi role model kepada warga sekolah.

Dengan semangat “#SMKSERIMAHKOTAMAJUJAYA”,
SMK Seri Mahkota terus komited melahirkan barisan pemimpin murid yang bukan sahaja cemerlang dalam akademik, malah unggul dari segi sahsiah dan kepimpinan.

Sesungguhnya, Kursus Pemimpin Unggul Mahkota 2026 bukan sekadar sebuah program, tetapi satu pelaburan jangka panjang dalam membina generasi pemimpin masa hadapan yang berdaya saing, berketerampilan dan berjiwa besar.

Buku Program:
https://anyflip.com/kdyy/wots/

#terimakasihcikgu
#smkserimahkotamajujaya
#1suara1matlamat
#unitHemSMKSM
#unitkurikulumSMKSERIMAHKOTA
#ppkiserimahkota


About Us

  • SMK Seri Mahkota

    Official Page For SMK Seri Mahkota, Umbai Melaka MEA 1072 Tel : 06-2619262 Fax : 06-2617592