PERLAWANAN PERSAHABATAN BOLA TAMPAR PASUKAN PEREMPUAN SMK SERI MAHKOTA VS SMAAT.
Pada 5 Februari 2026, bertempat di Gelanggang Bola Tampar SMK Seri Mahkota, telah berlangsung Perlawanan Persahabatan Bola Tampar Pasukan Perempuan antara SMK Seri Mahkota dan SMK TAN SRI HAJI ABDUL AZIZ TAPA (SMAAT) bermula jam 3.00 hingga 5.30 petang.
Program ini merupakan salah satu inisiatif dalam pelaksanaan perkembangan murid bagi memperkukuh pembangunan sukan sekolah serta memberi pengalaman perlawanan sebenar kepada murid.
Perlawanan ini bertujuan memberi pendedahan dan pengalaman kepada murid dalam suasana pertandingan sebenar.
Selain itu, ia juga berperanan meningkatkan keyakinan diri, kemahiran asas bola tampar serta menyemai semangat kesukanan dan kerjasama berpasukan dalam kalangan pemain.
Secara tidak langsung, program ini turut mengukuhkan hubungan silaturahim antara kedua-dua sekolah yang terlibat.
Perlawanan berlangsung dalam tiga set yang sengit. Keputusan mencatatkan Set 1 berpihak kepada SMK Seri Mahkota dengan mata 31-15.
Namun begitu, Set 2 dan Set 3 dimenangi oleh pihak lawan dengan keputusan 31-20 dan 31-18.
Secara keseluruhannya, keputusan memihak kepada SMAAT dengan kiraan 2-1.
Walaupun tidak memenangi perlawanan secara keseluruhan, pasukan SMK Seri Mahkota telah menunjukkan komitmen, disiplin dan semangat juang yang tinggi sepanjang perlawanan.
Impak utama program ini jelas terlihat apabila murid semakin yakin, berani mencuba serta menunjukkan peningkatan dari segi kemahiran permainan.
Program ini membuktikan bahawa sukan bukan sekadar mengejar kemenangan, tetapi medan membina sahsiah, semangat berpasukan dan persahabatan yang berkekalan. Diharapkan lebih banyak perlawanan persahabatan seperti ini dapat dianjurkan pada masa hadapan demi pembangunan sukan sekolah yang berterusan.
Murid murid yang terlibat ialah:
1-NUR FATINI BINTI ISMAIL (3 TOPAZ)
2-NURHAZIYAH MUZDALIFAH BINTI KASSIM (3 DELIMA)
3-NURAINA SORFINA BINTI YASMAN
(3 DELIMA)
4-WAN MYZARA FASYA BINTI WAN MOHD FAISAL (3 TOPAZ)
5-ALYA DAMIA BINTI ABDUL RAZAK
(3 DELIMA)
6-MELUR BINTI NOR RASYID (3 INTAN)
7-PUTRI QASEH BATRISYIA BINTI MOHD YUSRI (3 OPAL)
8-NUR AUNI KHAIZURAN BINTI ISKANDAR
(1 TOPAZ).
"Sukan Menyatukan, Terjalin Persahabatan."
????
#terimakasihcikgu
#smkserimahkotamajujaya
#1suara1matlamat
#BOLATAMPARSMKSERIMAHKOTA