• Main
  • News

Penghayatan Hadis 40 Imam Nawawi

Penghayatan Hadis 40 Imam Nawawi

PENGHAYATAN HADIS 40 IMAM NAWAWI

????Hadis 3 :

MARI KENALI HADIS 40 IMAM NAWAWI

Hadis 3: Rukun Islam

Inti pati kandungan rukun Islam yang lima ialah :
????Mengucap dua kalimah syahadah
????Mendirikan solat
????Berpuasa pada bulan Ramadan
????Mengeluarkan zakat
????Menunaikan haji ke
Baitullah bagi yang mampu.

✅Penghayatan

????Islam merupakan cara hidup sempurna yang menjamin kesejahteraan hidup di dunia dan akhirat.
????Rukun Islam mampu membina hubungan yang jitu antara manusia dengan Allah.

????Pengajaran hadis

????Murid hendaklah memahami bahawa lslam umpama sebuah binaan dengan lima asas utama. Tanpa lima asas utama ini lslam seseorang akan goyah dans runtuh.
????Murid hendaklah istiqamah mengamalkan dan menghayati rukun Islam dengan ikhlas.
????Murid yang menjaga lima rukun lslam dengan bersungguhsungguh akan berjaya dalam kehidupan mereka.

✳️Islam adalah Akidah dan Amalan.
Tiada guna Amalan tanpa Iman, dan sebaliknya tiada guna Iman tanpa Amalan!!

#Hadis40DiHatiku
#unithadis40
#adabdulubaruilmu
#SeriMahkotaMajuJaya
#1suara1matlamat


About Us

  • SMK Seri Mahkota

    Official Page For SMK Seri Mahkota, Umbai Melaka MEA 1072 Tel : 06-2619262 Fax : 06-2617592