PENGHAYATAN HADIS 40 IMAM NAWAWI
????Hadis 1 : NIAT ASAS SEGALA AMAL
????Menekankan kepentingan niat dalam setiap amalan, yang bermaksud ganjaran perbuatan bergantung kepada keikhlasan niat kerana Allah
SWT.
Diriwayatkan oleh Umar bin al-Khattab RA, ia menegaskan bahawa sesiapa yang berhijrah (atau beramal) kerana Allah dan Rasul, dia akan menerimanya, manakala yang berniat duniawi hanya mendapat apa yang dihajat.
✅Penghayatan
????Murid hendaklah melaksanakan setiap amalan keran Allah SWT.
????Murid hendaklah melaksanakan amalan dengan penuh kesungguhan untuk memperoleh kejayaan dunia dan pahala di akhirat.
????Murid hendaklah hadir ke sekolah untuk menuntut ilmu dengan bersungguh- sungguh kerana Allah,bukan disebabkan oleh suruhan ibu,bapa , mengikut kawan, mendapat wang saku.
????Pengajaran hadis
????Niat dan tindakan hendaklah seiring dalam
kehidupan seharian.
????Niat membezakan antara ibadah dan adat.
????Penghijrahan sikap dan tindakan merupakan faktor utama kejayaan seseorang dalam apa jua lapangan yg diceburi.
????Mari perbetulkan niat, perbaiki amalan!!
#Hadis40DiHatiku
#unithadis40
#adabdulubaruilmu
#SeriMahkotaMajuJaya