PENGHAYATAN HADIS 40 IMAM NAWAWI
????Hadis 36-Menunaikan Keperluan Saudara Muslim dan Keutamaan Ilmu
???? 6 Disember 2025
???? Jumaat
✅ Penghayatan Hadis ke-36:
1️⃣Menolong Saudara Mukmin
Sesiapa yang memberi kemudahan dan bantuan kepada orang yang sedang dilanda kesulitan, maka Allah SWT akan memudahkannya di dunia dan di akhirat.
2️⃣Tutup Aib
Kita hendaklah menutup aib atau malu seorang Muslim. Sebagai ganjarannya, Allah SWT akan menutup aib kita di akhirat.
3️⃣Tempuh Jalan Ilmu
Kita hendaklah sentiasa menempuh jalan dalam rangka mencari ilmu pengetahuan. Maka Allah SWT akan memudahkan bagi kita jalan menuju ke syurga.
4️⃣Pelajari Ilmu
Kita hendaklah selalu berkumpul di rumah Allah atau di mana sahaja dengan mempelajari ilmu pengetahuan.
⭐️Dilindungi Malaikat
Orang yang sentiasa mencari reda Allah SWT akan dilindungi oleh malaikat yang menaungi mereka.
⭐️Mengangkat Darjat
Sesiapa yang malas beramal, beramal tetapi lambat atau kurang amalannya, maka Allah SWT tidak akan mempercepatkan untuk mengangkat darjatnya.
????Pengajaran hadis
????Sentiasa merasai kepayahan orang lain
????Menjauhi sikap suka mengaibkan orang lain
????Berusaha melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan
#Hadis40DiHatiku
#unithadis40
#adabdulubaruilmu
#SeriMahkotaMajuJaya
#1suara1matlamat