• Main
  • News

Tahniah Cikgu Hafizs Bin Hassan.

Tahniah Cikgu Hafizs Bin Hassan.

TAHNIAH CIKGU HAFIZS BIN HASSAN.

Anugerah Guru Aktif Disiplin (Sekolah Menengah)
Majlis Apresiasi Pengurusan Hal Ehwal Murid Peringkat Negeri Melaka 2025.
...............................................................................

Sekalung tahniah dan penghargaan diucapkan kepada Cikgu Mohd Hafizs bin Hassan, Ketua Guru Disiplin SMK Seri Mahkota, atas penganugerahan “Guru Aktif Disiplin (Sekolah Menengah)” sempena Majlis Apresiasi Pengurusan Hal Ehwal Murid Peringkat Negeri Melaka Tahun 2025 yang telah berlangsung dengan penuh gilang-gemilang di Hotel Tamara, Melaka, pada jam 2.30 hingga 5.00 petang.

Anugerah berprestij ini telah disampaikan oleh Puan Hajah Sri Dewi binti Saiful Nathan, Timbalan Pengarah Sektor Perancangan & Pengurusan PPD, Jabatan Pendidikan Negeri Melaka, sebagai pengiktirafan terhadap dedikasi, ketegasan serta komitmen tinggi beliau dalam memartabatkan sahsiah dan disiplin murid di sekolah.

Usaha gigih Cikgu Hafizs dalam mendidik dengan penuh integriti dan kasih sayang telah memberi impak besar kepada pembentukan sahsiah pelajar, sekaligus menjadikan SMK Seri Mahkota sebagai sekolah yang berdisiplin dan harmoni.

Semoga kejayaan ini menjadi sumber inspirasi kepada seluruh warga pendidik untuk terus berbakti dengan penuh ikhlas dan semangat juang dalam melahirkan generasi pelajar yang berakhlak mulia, berdisiplin dan cemerlang.

Tahniah Cikgu Hafizs!
Komitmen dan dedikasi anda adalah contoh teladan seorang pendidik yang sejati. ????????

Tahniah daripada kami, warga SMK Seri Mahkota... Jom kita berikan ucapan tahniah kepada Cikgu Mohd Hafizs.
#guruhebat
#gurupenyayang
#gurudisiplinterbaiknegerimelaka2025
#serimahkotamajujaya
#1suara1matlamat
#ppdjasin
#JPNMELAKA


About Us

  • SMK Seri Mahkota

    Official Page For SMK Seri Mahkota, Umbai Melaka MEA 1072 Tel : 06-2619262 Fax : 06-2617592