LAWATAN PENANDA ARAS PPKI SMK TAMBUN, PERAK.
TARIKH : 28 OKTOBER 2025.
IMPAK PROGRAM LAWATAN PENANDA ARAS PPKI SMK TAMBUN, PERAK KE PPKI SMK SERI MAHKOTA, MELAKA.
Program Lawatan Penanda Aras PPKI SMK Tambun, Perak ke PPKI SMK Seri Mahkota, Melaka telah memberi pelbagai impak positif kepada kedua-dua pihak, khususnya dalam aspek pengurusan, pedagogi dan pembangunan sahsiah murid. Antara impak utama program ini ialah:
1- Perkongsian Amalan Terbaik (Best Practices):
Lawatan ini telah membuka peluang kepada kedua-dua sekolah untuk berkongsi amalan terbaik dalam pengurusan program Pendidikan Khas, pengurusan kelas, serta strategi PdPc berasaskan kemahiran hidup dan vokasional.
2- Meningkatkan Profesionalisme Guru
Guru-guru mendapat inspirasi dan idea baharu hasil pemerhatian serta perbincangan dua hala yang dijalankan:
Ia membantu memperkukuh kemahiran pedagogi dan meningkatkan motivasi untuk menambah baik pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran murid PPKI.
3- Mengukuhkan Jalinan dan Kolaborasi Sekolah:
Hubungan profesional antara kedua-dua PPKI terjalin erat melalui jaringan dan kolaborasi berterusan yang boleh dimanfaatkan dalam program bersama pada masa hadapan, seperti bengkel, pertandingan dan lawatan susulan.
4- Meningkatkan Keyakinan dan interaktif Murid:
Murid PPKI mendapat peluang untuk berinteraksi dengan rakan dari sekolah lain, sekali gus membina keyakinan diri, kemahiran sosial dan semangat bekerjasama dalam suasana pembelajaran yang menyeronokkan.
5- Menjadi Pemangkin Inovasi dan Penambahbaikan:
Hasil perkongsian pengalaman dan pendedahan kepada pelbagai inovasi di PPKI SMK Seri Mahkota memberi inspirasi kepada warga PPKI SMK Tambun untuk menambah baik program dan aktiviti di sekolah masing-masing.
Secara keseluruhannya, program ini berjaya mencapai objektifnya dalam memperkukuh kualiti pelaksanaan program Pendidikan Khas, memupuk semangat perkongsian ilmu serta mengeratkan hubungan silaturahim antara warga PPKI kedua-dua sekolah.
Terima kasih, PPKI SMK Tambun...
Merah menyala si buah ceri,
Sungguh cantik berseri-seri;
Terima kasih ucapan diberi,
Kerana sudi datang ke mari.
Terbang selisih siburung kedidi,
Terbang berduyun di waktu pagi,
Terima kasih daun keladi,
di lain tahun berjumpa lagi.
Buah selasih buah kelubi,
di dalam dulang hidangan pagi,
Terima kasih daun keladi,
Bila diundang datanglah lagi.
#ppkiserimahkota
#smkserimahkotamajujaya
#1suara1matlamat
#ppkismkTambun