MAJLIS MOU SEKOLAH ANGKAT MADANI.
(Sumber info Facebook Biro Pengaduan Awam (Public Complaints Bureau).
11 Oktober 2025 (Sabtu) | YBhg. Datuk Akbar bin Haji Samon, Ketua Pengarah Biro Pengaduan Awam, Jabatan Perdana Menteri (BPA, JPM) telah merasmikan Program Pemantapan Jati Diri & AI Start Up Kampung Angkat MADANI: Kampung Seri Minyak, Umbai dan Sekolah Angkat Madani SMK Seri Mahkota yang berlangsung di USIMA Forest Resort, Melaka.
Inisiatif ini diterajui oleh BPA, JPM sebagai sebahagian daripada Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) yang bertujuan memberi manfaat kepada komuniti luar bandar.
Kampung Seri Minyak telah dipilih sebagai lokasi pelaksanaan dengan skop projek merangkumi:
• Baik pulih gelanggang futsal;
• Pengubahsuaian masjid;
• Pemasangan lampu solar; dan
• Pelaksanaan program bimbingan dan untuk pelajar serta kanak-kanak yang tercicir dalam pelajaran.
Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Jasin dilantik sebagai agensi pelaksana bagi program pemantapan jati diri dan AI Start Up, yang merupakan salah satu skop projek ini.
Selain itu, BPA turut melaksanakan satu lagi inisiatif CSR di bawah Program Sekolah Angkat MADANI di SMK Seri Mahkota, Jasin, Melaka.
Turut diadakan sesi menandatangani Surat Setuju Terima (SST) bersama Pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) serta Pengetua sekolah berkenaan pada majlis perasmian itu.
Turut hadir pada majlis itu adalah YBrs. Puan Mahfudzah binti Mohamed Noor, Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Melaka, YBrs. Encik Mohd Yusof bin Said, Pegawai PPD Jasin dan YBrs. Encik Muhammad Nazim bin Ab Rahman, Timbalan Ketua Pengarah BPA, JPM.
#smkserimahkotamajujaya
#1suara1matlamat
#sekolahangkatmadani