KEMBARA ILMU HIJAU: PENEROKAAN DUNIA PERTANIAN DI MARDI SERDANG.
PROGRAM: KEMBARA ILMU HIJAU: PENEROKAAN DUNIA PERTANIAN DI MARDI SERDANG.
TARIKH : 7 OKTOBER 2025.
HARI: SELASA.
TEMPAT : MARDI SERDANG.
Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada pihak MARDI Serdang atas kesudian menerima kunjungan kami, rombongan Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) SMK Seri Mahkota, dalam lawatan yang penuh bermakna ini.
Lawatan ini bukan sekadar memberi peluang kepada murid-murid untuk mengenali dunia pertanian moden dan inovasi, tetapi turut membuka minda serta menyemai minat mereka terhadap bidang sains pertanian dan kemahiran hidup terutamanya sistem fertigasi dan ladang tanaman bawang, salad dan lain-lain.
Kami amat menghargai layanan mesra, tunjuk ajar, serta penerangan yang begitu jelas dan menarik daripada pihak MARDI sepanjang lawatan berlangsung.
Setiap aktiviti yang dirancang telah memberikan pengalaman baharu, ilmu yang berguna dan kenangan yang pasti terpahat di hati semua yang terlibat.
Sebelum ini pada bulan April 2025, Pengarah MARDI dan barisan pegawai-pegawai telah datang ke sekolah kami dengan memberikan pelbagai kit alatan dan barangan pertanian.
Kali ini, kami timbal balas kembali kunjungan ke MARDI Serdang, untuk melihat sendiri semua inovasi tanaman yang ada di sana.
Semoga kerjasama ini menjadi permulaan kepada hubungan yang lebih erat antara MARDI Serdang dan SMK Seri Mahkota, khususnya dalam usaha memperkasa pendidikan khas dan pembangunan potensi murid.
Sekali lagi, jutaan terima kasih atas keprihatinan, sambutan yang mesra dan ilmu yang dikongsikan.
Semoga Allah memberkati segala usaha pihak MARDI dalam memajukan bidang pertanian dan pendidikan negara.
#terimakasihMARDI
#MARDIBerinovasi
#MARDISERDANG
#smkserimahkotamajujaya
#ppkiserimahkota