BENGKEL TEKNIK MENJAWAB KBAT SEJARAH MENENGAH RENDAH 2025.
TARIKH :
- 26 SEPTEMBER 2025. (JUMAAT)
CIKGU MOHD HAFIZS BIN HASSAN.
- 2 OKTOBER 2025.(KHAMIS)
CIKGU NORHAFIZAH BINTI MAHADI
- 3 OKTOBER 2025. (JUMAAT)
CIKGU ANUAR BIN MAT.
Objektif Bengkel Teknik Menjawab Soalan KBAT Sejarah (Menengah Rendah):
1- Memberi pendedahan kepada murid tentang bentuk dan kehendak soalan berfokus Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dalam mata pelajaran Sejarah.
2- Meningkatkan kefahaman murid dalam menafsir, menganalisis dan menilai maklumat sejarah dengan lebih mendalam.
3- Membantu murid menguasai teknik dan strategi menjawab soalan KBAT dengan lebih berkesan dan berstruktur.
4- Memupuk kemahiran berfikir kritikal dan kreatif dalam kalangan murid untuk diaplikasikan dalam pembelajaran Sejarah dan peperiksaan.
5- Menyemai minat murid terhadap subjek Sejarah sebagai bidang ilmu yang menyeronokkan dan bermakna.
Tahniah dan syabas diucapkan kepada Panitia Sejarah SMK Seri Mahkota atas kejayaan menganjurkan Bengkel Teknik Menjawab Soalan KBAT Sejarah Menengah Rendah 2025 dengan jayanya.
Usaha murni ini membuktikan komitmen tinggi panitia dalam memperkukuh kemahiran berfikir aras tinggi dalam kalangan pelajar, selaras dengan aspirasi Kurikulum Standard Sekolah Menengah dan matlamat pendidikan abad ke-21.
Semoga program ini menjadi pemangkin kepada kecemerlangan murid dalam subjek Sejarah serta melahirkan generasi yang berilmu, berfikir kritis dan menghargai warisan negara.
Syabas dan teruskan kecemerlangan, Panitia Sejarah!
"Sejarah Teras Identiti, Asas Kecemerlangan Diri.”
“Menggali Sejarah, Menyemai Cinta Negara.”
#smkserimahkotamajujaya
#panitiasejarahsmkserimahkota
#kbatsejarah
#1suara1matlamat