• Main
  • News

Pertandingan Video Kreatif Dan Poster 4 S. (senyum,

Pertandingan Video Kreatif Dan Poster 4 S. (senyum,

PERTANDINGAN VIDEO KREATIF DAN POSTER 4 S. (SENYUM, SAPA, SALAM, SANTUN).

OBJEKTIF PERTANDINGAN:

1- Menerapkan budaya 4S dalam kalangan warga sekolah sebagai amalan harian yang mencerminkan adab dan nilai murni.

2-Menggalakkan kreativiti dan inovasi murid dalam menghasilkan video serta poster yang menarik, bermakna, dan mudah difahami.

3-Membentuk sahsiah murid yang berakhlak mulia, berhemah tinggi, serta menghormati guru, rakan, dan warga sekolah.

4-Mewujudkan suasana sekolah yang mesra, ceria, dan harmoni melalui amalan Senyum, Sapa, Salam, Santun.

5-Memupuk semangat kerjasama dan persaingan sihat dalam kalangan murid melalui penghasilan karya kreatif.

6-Meningkatkan kesedaran sivik dan jati diri murid agar lebih berdisiplin dan beradab dalam kehidupan seharian.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin-Nya, Pertandingan Video Kreatif dan Poster 4S dapat dilaksanakan dengan jayanya.

Tahniah dan syabas pihak sekolah ucapkan kepada semua peserta yang telah mengambil bahagian, khususnya kepada para pemenang pada hari ini. Kejayaan anda adalah bukti usaha gigih, kreativiti yang luar biasa serta komitmen yang tinggi dalam menghayati nilai Sapa, Santun, Salam dan Senyum dalam kehidupan seharian.

Semoga pencapaian ini menjadi sumber inspirasi kepada rakan-rakan lain untuk terus berkarya, mencipta inovasi dan mengamalkan budaya 4S di sekolah mahupun dalam kehidupan harian.

Sekali lagi, setinggi-tinggi tahniah kepada para pemenang. Teruskan kecemerlangan, teruskan menyemai nilai murni, dan jadilah murid yang berilmu, beradab serta berakhlak mulia.

#smkserimahkotamajujaya
#1suara1matlamat
#panitiapendidikanislam
#serimahkotaharmoni
#Program4S