
PROGRAM MISI NOVA BERSAMA UTEM
(Nurturing, Outstanding, Visionary, Achiever)
Tarikh : 22 September 2025.
Hari : Isnin.
Tempat : Surau Al-Falah, SMK Seri Mahkota
Masa : 7.20 pagi – 1.00 tengah hari.
Anjuran : Unit Kaunseling & UTEM.
Penglibatan Kelas :
-Tingkatan 3 ZAMRUD.
-Tingkatan 3 TOPAZ.
-Tingkatan 2 ZAMRUD.
-Tingkatan 2 TOPAZ.
Program ini bertujuan melahirkan murid yang berdaya saing, berwawasan, cemerlang dalam sahsiah serta pencapaian akademik.
MISI NOVA bersama UTEM memberi pendedahan motivasi, hala tuju pembelajaran dan inspirasi kepada murid untuk menjadi generasi Nurturing, Outstanding, Visionary dan Achiever.
Objektif Program MISI NOVA Bersama UTEM:
1- Memberi pendedahan motivasi dan hala tuju pembelajaran kepada murid untuk menghadapi cabaran akademik serta kehidupan masa depan.
2-Membentuk jati diri murid agar menjadi individu Nurturing, Outstanding, Visionary dan Achiever (NOVA) selaras dengan aspirasi pendidikan negara.
3-Meningkatkan keyakinan diri, semangat kerjasama dan kepimpinan dalam kalangan murid.
4-Menjalin hubungan erat antara pihak universiti, guru dan murid dalam usaha memperkasa kecemerlangan pendidikan.
5-Menyuntik inspirasi agar murid lebih fokus, berdisiplin serta berwawasan dalam mencapai kejayaan akademik dan sahsiah.
Terima kasih UTEM... Kita jumpa lagi dalam sesi program yang lain pula...
Pergi ke dusun memetik delima,
Delima ranum manis rasanya.
Terima kasih UTEM tercinta,
Memberi ilmu jadi bekalnya.
Anak nelayan menjala ikan,
Singgah sebentar di muara sungai.
Budi dan jasa tidak terlupakan,
Hanya doa pengiring damai.
Indah sungguh bunga di taman,
Harum mewangi penyejuk rasa.
Terima kasih atas sumbangan,
Membina murid menuju berjaya.
Pagi Isnin cahaya menyinar,
Burung berkicau di hujung dahan.
UTEM hadir membawa sinar,
Mencorak murid ke puncak kejayaan.
#smkserimahkotamajujaya
#1suara1matlamat
#unitkauselingSMKSM
#PPDJASIN
#JPNMELAKA