• Main
  • News

Majlis Temu Mesra Pelajar Tingkatan 5.

Majlis Temu Mesra Pelajar Tingkatan 5.

MAJLIS TEMU MESRA PELAJAR TINGKATAN 5.

TARIKH : 26 SEPTEMBER 2025.
HARI: JUMAAT.
MASA : 10.00 PAGI - 12.00 TGH.
TEMPAT : BILIK MESYUARAT & KELAS.
SASARAN : PELAJAR TINGKATAN 5.

Objektif Program:

1- Mengeratkan hubungan antara pihak sekolah, ibu bapa dan murid Tingkatan 5 bagi melahirkan suasana pembelajaran yang lebih harmoni dan berkesan.

2- Membincangkan pencapaian akademik, disiplin dan perkembangan sahsiah murid sebagai persediaan menghadapi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

3- Menyelaras strategi pembelajaran dan bimbingan melalui perkongsian pandangan antara ibu bapa, guru kelas dan guru subjek.

4- Meningkatkan kesedaran murid tentang kepentingan fokus, disiplin diri, serta usaha berterusan untuk mencapai kecemerlangan dalam SPM.

5- Mewujudkan kerjasama tiga penjuru (ibu bapa – guru – murid) dalam membentuk sokongan padu demi kejayaan akademik dan sahsiah pelajar.

6- Memberi ruang kepada ibu bapa untuk menyalurkan cadangan, sokongan dan idea bagi membantu sekolah meningkatkan prestasi murid.

Terima kasih kepada semua ibu bapa yang hadir.

Semoga jalinan kerjasama ini menyemarakkan lagi semangat ibu bapa untuk terus menjadi pendorong utama serta sumber inspirasi kepada kejayaan anak-anak dalam SPM dan masa depan.

#terimakasihcikgu
#terimakasihibuayah
#smkserimahkotamajujaya
#spm2025
#ppdjasin
#JPNMELAKA
#1SUARA1MATLAMAT
#unitkurikulumSMKSERIMAHKOTA