
CABUTAN BERTUAH KEHADIRAN PENUH FASA 1.
TARIKH : 22 SEPTEMBER 2025.
HARI : ISNIN.
TEMPAT : DATARAN PERHIMPUNAN.
PENERIMA BERTUAH : 22 MURID.
Alhamdulillah, tatkala selesai Ceramah Hentikan Salah Laku Buli oleh Inspektor Nor Azril bin Mohamad Marjid, Pegawai Perhubungan Sekolah Bahagian Siasatan & Jenayah Daerah Jasin seramai 150 murid yang disenarai nama murid kehadiran penuh fasa 1 berpeluang memperoleh hadiah yang menarik termasuk berupa sejumlah wang yang telah disediakan oleh pihak sekolah.
Cabutan bertuah telah disempurnakan dan disampaikan oleh Puan Pengetua dan Inspektor Nor Azril bin Mohamad Marjid kepada 22 murid yang bertuah.
Antara hadiah yang menarik ialah :
1- Smart watch.
2- Thumbler.
3- Portable mini fan.
4- Sejumlah wang.
Yang pasti hadiahnya adalah daripada jenama yang berjenama dan tahan lasak.
Tahniah kepada semua 150 murid yang hadir kehadiran penuh dan 22 murid yang bertuah dalam cabutan bertuah. Insya-Allah untuk fasa 2 nanti hadiahnya pasti lagi menarik.
Jom tingkatkan kehadiran anda semua ke sekolah. Jadikan sekolah itu taman-taman syurga untuk menuntut ilmu...
Sabda Rasulullah SAW:
"Menuntut ilmu adalah wajib bagi setiap muslim" (Riwayat Ibnu Majah).
"Barangsiapa menempuh suatu jalan untuk menuntut ilmu, Allah akan memudahkan baginya jalan ke surga" (Riwayat Muslim).
Selain itu, Nabi Muhammad SAW juga bersabda, "Barangsiapa yang keluar untuk mencari ilmu, maka ia berada di jalan Allah hingga ia pulang" (Riwayat Tirmidzi).
#terimakasihcikgu
#smkserimahkotamajujaya
#1suara1matlamat
#unitHEMSMKSERIMAHKOTA