
CERAMAH HENTIKAN SALAH LAKU BULI.
TARIKH :22 SEPTEMBER 2025.
HARI:ISNIN.
MASA: 7.40-8.20 PAGI.
TEMPAT: DATARAN PERHIMPUNAN.
PENCERAMAH:INSPEKTOR NOR AZRIL BIN MOHAMAD MARJID. PEGAWAI PERHUBUNGAN SEKOLAH BAHAGIAN SIASATAN & JENAYAH DAERAH JASIN.
OBJEKTIF CERAMAH “Hentikan Salah Laku Buli di Sekolah”:
1- Meningkatkan kesedaran murid tentang kesan negatif dan bahaya perbuatan buli terhadap mangsa, pelaku, sekolah, serta masyarakat.
2- Memberi kefahaman kepada murid tentang maksud sebenar buli, jenis-jenis buli (fizikal, mental, verbal, siber) dan hukuman yang boleh dikenakan.
3- Membentuk sikap empati dan menghormati orang lain dalam kalangan murid supaya wujud suasana persekolahan yang harmoni dan selamat.
4- Menggalakkan murid untuk melaporkan kejadian buli kepada guru, kaunselor atau pihak berwajib tanpa rasa takut atau malu.
5- Menyemai budaya positif dan nilai murni seperti tolong-menolong, kasih sayang, toleransi, serta semangat persaudaraan di sekolah.
6- Membina keberanian murid untuk berkata “tidak” kepada buli dan menjadi ejen perubahan dalam mengekang salah laku tersebut.
"Katakan tidak kepada buli..."
"Kami benci buli..."
#smkserimahkota
#smkserimahkotamajujaya
#1suara1matlamat
#KamiBenciBuli