
MAJLIS PENUTUPAN BULAN KEBANGSAAN SMK SERI MAHKOTA 2025.
TARIKH : 10 SEPTEMBER 2025.
MASA : 7.40 - 9.00 PAGI.
TEMPAT : DATARAN PERHIMPUNAN.
PERASMI: PUAN HANIFAH BINTI JURAIMI. GPK PENTADBIRAN SMK SERI MAHKOTA.
...............................................................................
Pada 10 September 2025, SMK Seri Mahkota telah mengadakan Majlis Penutupan Bulan Kebangsaan dengan penuh meriah dan bermakna.
Majlis ini diadakan di Dataran Perhimpunan dan dihadiri oleh seluruh warga sekolah termasuk GPK Pentadbiran mewakili Puan Pengetua yang sedang berkursus di Institut Aminuddin Baki, barisan guru serta para pelajar.
Pelbagai persembahan menarik telah dipertontonkan seperti deklamasi sajak, nyanyian lagu patriotik, dan persembahan silat serta gimik penutupan dengan kisah perjuangan pejuang - pejuang tanah air yang mencerminkan semangat cintakan tanah air.
Selain itu, penyampaian hadiah kepada pemenang pertandingan-pertandingan termasuk murid-murid Pendidikan Khas turut serta bagi menghargai usaha dan kreativiti murid sepanjang sebulan program dijalankan.
Dalam ucapan penutupan, GPK Pentadbiran SMK Seri Mahkota menegaskan bahawa sambutan Bulan Kebangsaan bukan sekadar acara tahunan, tetapi sebagai wadah untuk menyemai nilai perpaduan, semangat patriotisme, dan rasa syukur atas nikmat kemerdekaan.
Majlis penutupan ini diakhiri dengan nyanyian beramai-ramai lagu “Tanggal 31 Ogos” dan “Jalur Gemilang”, diiringi laungan “Merdeka! Merdeka! Merdeka!” yang bergema di seluruh pelusuk sekolah.
Secara keseluruhannya, majlis ini berjaya menyemarakkan semangat Malaysia Madani dengan tema pada tahun ini " MALAYSIA MADANI RAKYAT DISANTUNI" , serta menanamkan rasa cinta yang mendalam terhadap tanah air dalam kalangan warga SMK Seri Mahkota.
Tahniah kepada semua barisan ahli jawatankuasa yang bertungkus lumus menjayakan semua program sepanjang bulan kebangsaan dilaksanakan di SMK Seri Mahkota...
Buku Program, boleh klik link di bawah:
https://tinyurl.com/PenutupanBulanKebangsaan2025
#serimahkotamajujaya
#1suara1matlamat
#MalaysiaMADANI
#malaysiamadanirakyatdisantuni
#panitiasejarahsmkserimahkota
#unitHEMSMKSERIMAHKOTA
#GKMPKEMANUSIANSMKSERIMAHKOTA