• Main
  • News

Bas Legoland Di Smk Seri Mahkota.

Bas Legoland Di Smk Seri Mahkota.

BAS LEGOLAND DI SMK SERI MAHKOTA.

TARIKH : 30 JULAI 2025.
HARI: RABU.
MASA: 2.00 PTG-4.00 PTG.

MATLAMAT PROGRAM:

1- Meningkatkan minat murid terhadap bidang STEM melalui kaedah pembelajaran yang interaktif, menyeronokkan dan berinspirasi.

2- Mendekatkan pengalaman pembelajaran berasaskan STEM kepada semua murid termasuk yang berada di kawasan luar bandar dan pedalaman.

3- Menyokong inisiatif Kementerian Pendidikan Malaysia dalam memperkukuh pendidikan STEM di peringkat sekolah rendah dan menengah.

OBJEKTIF PROGRAM:

1- Memberi peluang kepada murid untuk mengalami pembelajaran STEM secara praktikal dan hands-on menggunakan alat bantu yang inovatif dan kreatif seperti LEGO Education.

2- Membantu murid mengaplikasikan pengetahuan sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik dalam menyelesaikan masalah secara kolaboratif dan kritis.

3- Memupuk semangat ingin tahu, kreatif dan inovatif dalam kalangan murid melalui pendekatan pembelajaran berasaskan projek (project-based learning).

4- Menyediakan pendekatan pembelajaran luar bilik darjah yang berimpak tinggi dan dapat memperkukuh kemahiran abad ke-21 murid seperti komunikasi, kolaborasi dan pemikiran reka cipta.

5- Memberi pendedahan kepada guru dan murid terhadap penggunaan teknologi pendidikan terkini dalam menyokong pengajaran dan pembelajaran STEM.

Terima kasih LEGOLAND Malaysia sudi hadir ke sekolah kami berikan penerangan dan info tentang dunia STEM yang ada di Legoland Malaysia di Johor.

Alhamdulillah, pelajar kami semua seronok...

#LEGOLANDMalaysia
#buseducationlegolandMalaysia
#serimahkotamajujaya
#serimahkota