• Main
  • News

Lenturan Kasih, Menggapai Cita.

Lenturan Kasih, Menggapai Cita.

LENTURAN KASIH, MENGGAPAI CITA.

PROGRAM :LENTURAN KASIH. "MENGGAPAI CITA."

TARIKH : 26 JULAI 2025.
HARI: SABTU.
MASA: 7.30 PAGI-12.45 TGH HARI.

ANJURAN BERSAMA :

1- PEJABAT KEBAJIKAN MASYARAKAT DAERAH JASIN.
2- PASUKAN KEBAJIKAN KANAK-KANAK DAERAH JASIN.
3- KELAB HIMPUNAN MAHASISWA MATEMATIK UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU (UMT).
4- UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING SMKSM.

Pengisian Program:

Sesi 1: Ceramah Kesedaran.
-Jabatan Penjara Melaka.

Sesi 2: Sukaneka Matematik (Math Workshop).
-Mahasiswa UMT.

Tetamu jemputan :

1- Ybhg. Puan Nazirah binti Md. Noh.
(Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah Jasin).
2-Prof Madya Dr. Mohammad Nazri bin Husin (Pensyarah UMT).

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia-Nya, Program "Lenturan Kasih, Menggapai Cita." yang berlangsung pada Sabtu 26 Julai dapat dijayakan dengan lancar dan penuh bermakna.

Bagi pihak warga Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Mahkota (SMKSM), kami ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada:

1. Jabatan Penjara Melaka:

Atas kesudian menyampaikan ceramah kesedaran yang sangat memberi impak kepada para murid. Sesi yang dikongsikan amat membuka mata dan memberi motivasi dalam membentuk jati diri serta semangat untuk berubah dan berjaya dalam kehidupan.

2. Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Jasin dan Pasukan Kebajikan Kanak-Kanak Daerah Jasin:

Atas usaha berterusan dalam membimbing dan menyantuni generasi muda melalui pendekatan berhemah dan penuh kasih sayang. Komitmen tuan/puan dalam menjayakan program ini amat kami hargai.

3. Kelab Himpunan Mahasiswa Matematik, Universiti Malaysia Terengganu (UMT):

Khususnya kepada barisan mahasiswa yang telah mengendalikan Sukaneka Matematik dengan penuh kreativiti dan semangat. Kehadiran anda bukan sahaja menceriakan suasana, malah menyuntik inspirasi kepada murid-murid untuk terus mencintai ilmu, khususnya dalam bidang Matematik.

Sesungguhnya, program ini bukan sahaja menjadi jambatan ilmu, malah medan kasih yang mempertemukan pelbagai pihak demi kesejahteraan dan masa depan anak-anak generasi pewaris negara.

Sekali lagi, setinggi-tinggi terima kasih atas segala kerjasama dan sokongan. Semoga jalinan ini terus kukuh dan berpanjangan pada masa akan datang.

Sekian, terima kasih.

#LenturanKasihMenggapaiCita
#SMKSMPrihatin
#serimahkotamajujaya
#smkserimahkota