• Main
  • News

Program :kursus Membuat Sambungan Fabrik Logam(rak Kasut).

Program :kursus Membuat Sambungan Fabrik Logam(rak Kasut).

PROGRAM :KURSUS MEMBUAT SAMBUNGAN FABRIK LOGAM(RAK KASUT).

TARIKH:25 JULAI 2025.

HARI: JUMAAT.

MASA: 8.00 PAGI - 12.OO TGH.

ANJURAN : GIAT MARA JASIN & UBK SMKSM.

TENAGA PENGAJAR: EN. ZUHAIRI BIN ISHAK. TENAGA PENGAJAR KANAN GIAT MARA, JASIN.

OBJEKTIF PROGRAM :

1- Memberi Pendedahan Awal kepada Dunia Kemahiran Teknikal.

Mendedahkan pelajar sekolah kepada asas kerja fabrikasi logam secara praktikal, khususnya dalam pembuatan sambungan dan struktur mudah seperti rak kasut.

2- Menyemai Minat Terhadap Pendidikan TVET (Technical and Vocational Education and Training).

Menanam minat dan kesedaran pelajar terhadap peluang kerjaya dalam bidang teknikal dan vokasional yang ditawarkan melalui institusi seperti GIATMARA.

3- Mengasah Kemahiran Penyelesaian Masalah dan Kerja Berkumpulan

Menggalakkan pelajar bekerja dalam kumpulan untuk menyelesaikan tugasan reka bentuk dan pemasangan rak kasut secara kreatif dan efisien.

IMPAK PROGRAM:

1- Perkongsian Ilmu antara Institusi Pendidikan dan Latihan.

Memperkukuh jaringan kolaborasi antara pihak sekolah dan GIATMARA Jasin, membuka ruang kepada program susulan atau kesinambungan latihan di masa hadapan.

2-Peningkatan Pengetahuan dan Kemahiran Asas Teknikal.

Murid memperoleh pengetahuan asas tentang kerja fabrikasi logam, termasuk teknik sambungan dan penggunaan alatan secara selamat dan betul.

Tahniah kepada semua murid. Semoga dengan perkongsian ini membuahkan hasil semaksima mungkin demi masa depan murid SMK Seri Mahkota.

Ribuan terima kasih juga kepada Giat Mara Jasin sudi berkongsi ilmu kepada kami semua.

#unitbimbingandankaunselingSMKSM
#smkserimahkotamajujaya
#giatmarajasin
#ppdjasin
#serimahkota