• Main
  • News

Program Kasih Remaja.

Program Kasih Remaja.

PROGRAM KASIH REMAJA.

Program Kasih Remaja: Sayangi Diri.
Tarikh:17 Julai 2025.(Khamis)
Masa: 8.30 - 10.20 pagi.
Tempat : Surau SMKSM.
Anjuran: LPPKN Melaka & Unit Bimbingan dan Kaunseling.
Penceramah: Teen Educator.
-Nurzarifah binti Zamri.
-Ahmad Idris Amir bin Azhar.

____________________________________
MATLAMAT PROGRAM:

Memberi pendedahan awal kepada murid perempuan Tingkatan 1 dan 2 tentang kepentingan menjaga maruah diri, kesihatan mental, emosi serta membentuk sahsiah diri yang positif sebagai remaja yang berakhlak mulia dan berdaya tahan.
____________________________________
OBJEKTIF PROGRAM:

1. Meningkatkan kesedaran murid perempuan tentang pentingnya harga diri dan menjaga batas pergaulan.

2. Memberi pendedahan tentang perubahan fizikal, emosi dan sosial yang berlaku dalam kalangan remaja.

3. Menyemai nilai murni seperti tanggungjawab, hormat-menghormati dan keyakinan diri.

4. Mewujudkan ruang interaksi sihat antara guru dan murid bagi membina sokongan emosi yang positif.

5. Membantu murid membuat keputusan yang bijak dalam situasi tekanan rakan sebaya dan media sosial.
____________________________________
KEKUATAN PROGRAM:

• Penglibatan aktif murid melalui aktiviti interaktif seperti forum, bengkel, lakonan dan diskusi kumpulan.

• Sokongan daripada guru kaunselor, guru pendidikan islam dan pihak luar (klinik kesihatan/penceramah motivasi).

• Program disesuaikan dengan tahap pemahaman dan keperluan murid perempuan remaja.

• Suasana program yang mesra dan menyokong perkembangan emosi serta psikososial murid.
____________________________________

Terima kasih kepada LPPKN Melaka dan penceramah sudi memberikan tips dan nasihat kepada anak-anak kami agar menjadi murid yang baik dan anak-anak yang solehah dunia akhirat.

Ya Allah,
Lembutkan hati puteri-puteri kami,
hiasilah akhlak mereka dengan iman dan takwa, jadikan mereka cahaya keluarga,
penyejuk mata ayah dan bonda.

Anugerahkan mereka kesopanan dalam bicara, kesabaran dalam ujian dunia,
dan kekuatan menjaga maruah serta agama.

Bimbinglah langkah mereka ke jalan redha-Mu, jadikan mereka wanita solehah,
yang indah akhlaknya, mulia cita-citanya,
dan tinggi harga dirinya di sisi-Mu, ya Rabb.

Amin Ya Rabbal ‘Alamin.

#smkserimahkotamajujaya
#unitbimbingandankaunselingSMKSM
#wanitasolehah
#smkserimahkota
#lpppknmelaka