
KEJOHANAN DAERAH 2025.
9 Jul- Alhamdulillah, setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada murid-murid PPKI SMK Seri Mahkota yang telah menunjukkan semangat juang yang tinggi serta keberanian menyertai Kejohanan Olahraga dan Balapan Pendidikan Khas Daerah Jasin 2025 yang telah diadakan pada 8 & 9 julai, bertempat di SMK Tun Syed Zahiruddin, Merlimau, Melaka.
Ini keputusan yang telah diperoleh oleh anak-anak :16 pingat. (boleh lihat di ruangan gambar).
Emas: 4.
Perak: 4.
Gangsa: 8.
Penyertaan anda semua bukan sahaja membanggakan pihak sekolah, malah membuktikan bahawa setiap individu memiliki potensi luar biasa apabila diberi peluang dan sokongan. Anda semua adalah inspirasi kepada kami semua!
Terima kasih juga kepada guru-guru dan pembimbing yang sentiasa berdiri teguh di belakang kejayaan anak-anak ini.
Teruskan usaha, semangat dan keyakinan! Semoga lebih banyak kejayaan dapat dicapai pada masa akan datang.
Sekian, terima kasih...
Kita berjumpa lagi dalam Kejohanan Sukan dan Balapan Pendidikan Khas 2025 peringkat negeri Melaka pada 23 & 24 Julai 2025.
#serimahkotamajujaya
#ppkismkserimahkota
#ppdjasin
#ppkimelaka