
SUMBANGAN JERSI BOLA SEPAK.
7 Julai - Pihak sekolah, ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada pihak En. Ahmad Zaidy bin Abd. Rahim, pemilik Syarikat Man Jadah Wajad Enterprise atas sumbangan satu set jersi kepada pasukan sekolah kami yang akan bertanding mewakili daerah Jasin ke peringkat negeri pada 8-9 Julai 2025 di kompleks MUSA, Padang 10, Krubung, Melaka.
Sumbangan ini amat bermakna dan menjadi satu suntikan semangat kepada para pemain untuk terus berusaha mengharumkan nama sekolah dan daerah Jasin dalam setiap pertandingan yang disertai.
Keprihatinan dan kemurahan hati tuan dalam menyokong pembangunan sukan di sekolah ini amat kami hargai.
Semoga sumbangan ini menjadi asbab keberkatan dan limpahan rezeki kepada tuan serta menjadi inspirasi kepada warga sekolah untuk terus berusaha mencapai kecemerlangan, bukan sahaja dalam bidang sukan malah dalam semua aspek.
Sekali lagi, terima kasih diucapkan. Mudah-mudahan kerjasama dan sokongan ini akan terus berkekalan demi kejayaan bersama.
Jom doakan kejayaan team Seri Mahkota.
"SERI MAHKOTA GERBANG ILMU DAN AKHLAK"
#smkserimahkota
#smkserimahkotacom
#ppdjasin
#serimahkotamajujaya
#teambolaSMKSM