• Main
  • News

Terima Kasih Aadk Jasin.

Terima Kasih Aadk Jasin.

TERIMA KASIH AADK JASIN.

PROGRAM : CERAMAH BAHAYA ROKOK DAN VAPE & PAMERAN.

TARIKH : 4 JULAI 2025.(JUMAAT)
MASA: 9.00 AM - 11.00 AM.
KUMPULAN SASARAN : SEMUA MURID TINGKATAN 4.

ANJURAN:UNIT BIMBINGAN & KAUNSELING.

JEMPUTAN :AGENSI ANTI DADAH KEBANGSAAN (AADK) JASIN.

PENCERAMAH : TUAN ZAMANI BIN LAJIM. PEGAWAI AADK JASIN.

OBJEKTIF PROGRAM :

1- Memberikan kesedaran kepada murid tentang bahaya merokok, penggunaan vape dan penyalahgunaan dadah terhadap kesihatan diri, keluarga dan masyarakat.

2- Meningkatkan pengetahuan murid mengenai kesan jangka pendek dan panjang penggunaan rokok, vape dan dadah.

3- Membentuk sikap penolakan terhadap rokok, vape dan dadah dalam kalangan murid.

4- Menyemai nilai murni dalam kalangan murid agar menjauhi amalan yang memudaratkan diri.

5- Menyampaikan maklumat terkini mengenai undang-undang dan larangan berkaitan rokok, vape dan penyalahgunaan dadah.

6- Memberi pendedahan tentang langkah-langkah pencegahan dan saluran bantuan daripada agensi kerajaan dan NGO untuk mengatasi masalah rokok, vape dan penagihan dadah.

RUMUSAN PROGRAM:

Ceramah "Bahaya Rokok dan Vape" serta Pameran AADK telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya.

Program ini bertujuan memberikan pendedahan kepada para pelajar mengenai kesan negatif penggunaan rokok dan vape serta bahaya penyalahgunaan dadah.

Ceramah telah disampaikan oleh Tuan Zamani bin Lajim, wakil profesional yang berpengalaman daripada Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Jasin.

Pameran yang dikendalikan oleh AADK turut memaparkan maklumat interaktif dan bahan pameran berkaitan pencegahan dadah.

Program ini telah mendapat sambutan yang baik daripada para pelajar dan guru, sekaligus mencapai objektif yang telah ditetapkan.

Terima kasih kepada pihak AADK Jasin...

#AADKJasin
#serimahkota
#serimahkotamajujaya
#bebasrokok
#bebasvape
#bebasdadah
#unitbimbingandankaunselingSMKSM
#PPDJASIN
#jpnmelaka


About Us

  • SMK Seri Mahkota

    Official Page For SMK Seri Mahkota, Umbai Melaka MEA 1072 Tel : 06-2619262 Fax : 06-2617592