SELAMAT BERSARA, CIKGU NOR AZMI.
30 Jun - Seorang guru ibarat pelita yang membakar diri demi menerangi kehidupan orang lain. Hari ini, warga Seri Mahkota berkumpul untuk meraikan persaraan seorang insan mulia yang telah menabur bakti tanpa mengenal penat lelah, iaitu Cikgu Nor Azmi bin Abdul.
Sepanjang tempoh perkhidmatannya, beliau telah menjadi contoh teladan, membimbing dan mendidik anak bangsa agar menjadi insan berguna.
Cikgu Nor Azmi bukan sahaja seorang pendidik, malah beliau juga seorang pembimbing, penasihat dan sahabat kepada murid-murid serta rakan sekerja.
Beliau sentiasa sabar dalam mendidik, ikhlas dalam memberi ilmu dan penuh kasih sayang dalam membimbing anak-anak murid. Tidak kira siang atau malam, usaha beliau demi kejayaan anak bangsa amatlah tinggi nilainya.
Sumbangan dan jasa Cikgu Nor Azmi tidak terhitung. Banyak murid yang telah berjaya dalam pelajaran dan kehidupan hasil tunjuk ajar serta doa beliau. Semangat beliau yang gigih, dedikasi yang tinggi serta keikhlasan yang tulus menjadi inspirasi kepada semua.
Hari ini di dalam Majlis Lambaian Kasih Sanjungan Budi, beliau diraikan dan kini tibalah masa untuk beliau berundur daripada dunia pendidikan, namun jasa dan pengorbanannya akan tetap terpahat dalam ingatan kami.
Semoga persaraan ini membawa kebahagiaan dan ketenangan kepada Cikgu Nor Azmi. Kami mendoakan agar cikgu sentiasa sihat, gembira bersama keluarga, dan terus diberkati Allah SWT.
Akhir kata, terima kasih Cikgu Nor Azmi atas segala jasa dan pengorbanan. Sesungguhnya, jasa seorang guru tidak akan dilupakan sepanjang hayat.
TERIMA KASIH CIKGU NOR AZMI...
#terimakasihcikgu
#selamatbersara
#kamisayangcikgu
#semogasehatselalu
#serimahkota
#serimahkotamajujaya
#kelabgurusmkserimahkota