• Main
  • News

Karnival Bulan Stem.

Karnival Bulan Stem.

KARNIVAL BULAN STEM.

13 Jun - Karnival STEM di Sekolah adalah satu program yang dianjurkan untuk memupuk minat murid terhadap bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM).

Program ini biasanya dijalankan selama seminggu atau dalam tempoh sebulan dengan pelbagai aktiviti yang menyeronokkan dan interaktif.

Alhamdulillah, pelancaran Karnival Bulan STEM SMK Seri Mahkota telah disempurnakan oleh Pengetua SMK Seri Mahkota, Puan Norhayati binti Abdul Samad pada 13 Jun bersamaan hari jumaat di dataran perhimpunan.

Antara kebaikan program Ini:

1) Menyemai semangat ingin tahu tentang STEM dalam kalangan murid.

2) Menjadikan pembelajaran STEM lebih menyeronokkan dan bermakna.

3) Meningkatkan prestasi akademik dalam subjek sains dan matematik.

4) Mempersiapkan murid untuk cabaran masa depan yang berasaskan Teknologi.

Semoga anak-anak Seri Mahkota turut mengambil peluang keemasan ini menyertai semua aktiviti dan pertandingan STEM sepanjang Karnival STEM dijalankan. ( Senarai aktiviti ada di ruangan gambar, di bawah).

Benarlah orang bijak pandai berpesan;

"MANAKAN DAPAT EMAS, JIKA TIDAK BERUSAHA MENDULANG DI SUNGAI."

" KALAU TIDAK DIPECAHKAN RUYUNG MANAKAN DAPAT SAGUNYA."

*Sesuatu kejayaan atau hasil tidak akan dicapai tanpa usaha dan kesungguhan.*

Jom SERTAI dan MERIAHKAN aktiviti Karnival Bulan STEM...

#smkserimahkota
#STEMSMKSERIMAHKOTA
#karnivalstem


About Us

  • SMK Seri Mahkota

    Official Page For SMK Seri Mahkota, Umbai Melaka MEA 1072 Tel : 06-2619262 Fax : 06-2617592