
LATIHAN PEMBANGUNAN BOLA TAMPAR.
10 Jun-Telah bermula latihan pembangunan bola tampar bertempat di padang sekolah pada hari selasa dan khamis setiap minggu.
Berikut ialah Objektif Latihan Pembangunan Bola Tampar kepada murid:
1) Mengenal pasti bakat murid dalam sukan bola tampar.
-Memberi peluang kepada murid untuk menunjukkan potensi dan kemahiran mereka dalam permainan bola tampar.
2) Meningkatkan kemahiran asas bola tampar.
-Merangkumi servis, passing, spike dan blocking.
3) Membina semangat berpasukan dan disiplin diri.
-Menerapkan nilai kerjasama, kepimpinan, disiplin serta semangat kesukanan dalam kalangan murid.
4) Membentuk gaya hidup sihat melalui aktiviti fizikal.
-Mendorong murid untuk aktif bersukan sebagai sebahagian daripada amalan gaya hidup sihat.
5) Memberi pendedahan kepada suasana latihan yang lebih tersusun.
-Menyediakan pengalaman latihan seperti atlet profesional dan mendedahkan murid kepada struktur latihan sukan sebenar.
6) Mencungkil potensi murid untuk diketengahkan ke peringkat lebih tinggi.
-Menyediakan platform untuk pemilihan atlet ke peringkat daerah, negeri atau kebangsaan.
Tahniah kepada guru - guru penasihat Kelab Bola Tampar SMK Seri Mahkota atas inisiatif ini.
Semoga para atlet bola tampar sekolah terus-menerus bersemangat berlatih dan seterusnya mencapai kejayaan yang manis buat sekolah dalam kejohanan akan datang.
"SEKALI MELANGKAH, TAKKAN BERUNDUR WALAUPUN SETAPAK."
#BOLATAMPARSMKSERIMAHKOTA
#smkserimahkota