
JAPANESE CAKE.
7 Mei- Hari ini program kerjasama bersama Politeknik Merlimau, 40 orang murid-murid kami daripada lima kelas pembuatan pastri belajar bagaimana untuk membuat Japanese Cake' yang gebu, cantik dan sedap.
Hadir sama dua pensyarah Politeknik Merlimau iaitu En. Shahrizal dan En. Muhammad Raslah Aiman selaku tenaga pengajar hari ini. Terima kasih atas curahan ilmu kepada kami pada hari ini.
Kursus Pendek Asas Pastri bersama Politeknik Merlimau adalah salah satu pra syarat untuk anak-anak kami layak kelak akan Sijil Kemahiran Malaysia.
Objektif program:
1) Memberi peluang kepada MBPK untuk menjalani kursus asas pastri dengan kelengkapan yg lengkap serta tenaga pengajar yang berkemahiran tinggi dari luar.
2) Membina hubungan jaringan dan kolaboratif bersama dengan pihak Politeknik Merlimau.
Tahniah kepada semua murid dan guru-guru pastri PPKI SMK Seri Mahkota. Pulang rumah nanti, bolehlah cuba jaya bersama ibu ayah. Pasti menjadi kebanggaan keluarga...
TERIMA KASIH, POLITEKNIK MERLIMAU...