
ANGGUR.
7 Mei- Alhamdulillah, cuba jaya kali pertama empat pokok anggur yang telah ditanam oleh team perkebunan PPKI SMK Seri Mahkota telah pun berbuah.
Ditanam oleh anak-anak murid kelas pertanian, dibimbing oleh Cikgu Zuhairi Rahim selaku guru pertanian dan Cikgu Mohamad Yusnizad selaku guru yang menjayakan laman anggur kami. Beliau membimbing murid membina bumbung dan menyimen laman anggur kami.
Laman anggur kami masih dalam proses disiapkan dengan menyimen laluan batuan refleksologi. Ada 6 tiang seri, kami tanam dengan 4 pokok anggur. Bumbung pula, kami letakkan plastik putih agar daun dan buah tidak terkena hujan. Pokok anggur agak cerewet dengan hujan yang lebat.
Alhamdulillah, GPK Pendidikan Khas Puan Norhayatie Arshad telah memetik buah pertama dan merasai sendiri keenakannya. Buah anggur, kami balut dengan plastik kerana menjadi kesukaan burung.
Cikgu Zuhairi, cuba tanam pokok tamar/kurma pula. Kotlah menjadi, ramadan tahun-tahun mendatang nanti bolehlah pakat-pakat rasa.
Hah, jom...