
INILAH PELUANG TERBAIK KITA UNTUK MEREBUT PAHALA SEDEKAH DI BULAN RAMADHAN
Dermawan yang dikasihi Allah, raikan bulan Ramadhan anda dengan amalan bersedekah.
Kami ingin mengajak anda untuk sama-sama menyumbang kepada Anak Yatim & Asnaf SMK Seri Mahkota pada bulan Ramadhan ini.
Diriwayatkan, Nabi Muhammad pernah ditanya tentang sedekah yang paling utama. Ketika itu baginda menjawab,
"Sedekah yang paling utama adalah sedekah pada bulan Ramadan."
(H.R Al-Baihaqi)
Mudah-mudahan sumbangan ikhlas Tuan/Puan mendapat ganjaran yang setimpal dari Allah SWT. Sudah pasti menyantuni golongan yang memerlukan dan susah merupakan perbuatan yang dicintai oleh Allah dan Rasulullah SAW.
Firman Allah Ta'ala:
"dan apa sahaja yang kamu infaqkan maka Allah akan menggantikannya; dan Dia lah jua sebaik-baik Pemberi Rezeki."
{Surah As-Saba : ayat 39}